Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS KUALA LUMPUR NAFI KES CULIK DAN SAMUN LELAKI

Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan orang awam kononnya berlaku kes culik dan samun terhadap seorang lelaki di di ibu kota seperti yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, kejadian yang sebenar berlaku adalah disebabkan lelaki terbabit sendiri yang menggunakan aplikasi 'Grindr' dan melihat lokasi sekeliling untuk menambah kawan sebelum bertemu dengan suspek yang bertindak mengambil barangan berharga si mangsa.

Mangsa yang bergerak solo tadi dengan beraninya telah ke lokasi 'kawan' berbangsa asing yang baru dikenali itu dan telah masuk ke rumah suspek sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini tadi.

Polis menasihati orang ramai agar bijak dan sentiasa berhati-hati menggunakan aplikasi yang mungkin boleh mendatangkan keadaan tidak selamat kepada diri sendiri atau keluarga kelak.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS