Sarjan Mejar (SM) Romeza Mohd Mushtafa, 42 tahun yang berasal dari Butterworth, Pulalu Pinang adalah seorang wanita cekal yang pernah menyumbangkan khidmat baktinya sebagai pegawai pengiring kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-12,Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Anak kesembilan daripada 11 orang adik beradik itu kini menjawat jawatan sebagai SM Trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor setelah hampir 19 tahun berada dalam pasukan keramat Polis Diraja Malaysia ini.
Walaupun kini beliau tidak lagi bertugas sebagai pegawai pengiring kepada individu terpenting dalam negara itu, namun perasaan menjunjung kasih dan rindunya kepada baginda tetap diberikan buat bekas majikannya tersebut dari semasa ke semasa.
Ikuti bacaan lanjut pengalaman SM Romeza dalam ruangan artikel di bawah.
Sumber: Utusan Malaysia