Seorang lelaki menjadikan kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) Machap arah Utara sebagai lokasi transit rnengambil bekalan dadah sebelum diedarkan ke pasaran.
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, bertindak menahan suspek berusia 28 tahun itu di Kilometer 74.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Machap, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.
Turut dirampas empat paket plastik berisi dadah jenis heroin dengan anggaran berat kasar 1.824 kilogram dengan harga pasaran kira-kira RM63,846. Hasil penggeledahan kediaman suspek di Batu Pahat, polis merampas dua kereta, barang kemas bernilai RM5,000 dan wang tunai berjumlah RM20,947.
Sumber : Sinar Harian