Polis Terengganu kini memburu pelajar yang disyaki bertanggungjawab membuang janin perempuan yang cukup sifat dalam loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu baru-baru ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah, siasatan awal polis mendapati janin terbabit keluar dari saluran tandas dari asrama kolej yang berdekatan dengan jaraknya hanya beberapa ratus meter sahaja.
Pihak polis menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan perkara di atas agar tampil menghubungi pihak polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di talian 09-6322222 untuk menyalurkan maklumat.
Sumber: Sinar Harian