Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

CABARAN LATIH ANJING


Beli baka anjing terbaik dari luar negara seperti China atau United Kingdom sebelum dilatih jurulatih Unit Pengesan K9 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, selama empat bulan.

Itulah antara cabaran dihadapi jurulatih dan pengendali anjing di Unit K9 bagi memas tikan anjing yang bakal dilatih berkesan dalam membantu penyiasatan membabitkan kes jenayah, narkotik dan ancaman pengeboman.

Antara anjing popular di K9 di PULAPOL Kuala Lumpur adalah Dahei yang pakar dalam pencarian dadah dari baka Labrador, Billie juga baka Labrador yang pakar menjejak bahan le tupan dan Luby dari baka German Shepherd yang pakar menjejak penjenayah.

Ketua Unit Pengesan (K9) Deputi Superintendan Har Mun berkata, fungsi anjing pengesan berkenaan dibahagikan kepada empat kategori.

“Jenayah (kesan penjenayah/barang kes/orang hilang/ kawalan orang ramai/pengiring operasi), narkotik (kesan dadah), bahan letupan bom dan Cadaver (mengesan mayat, anggota badan serta darah manusia)," katanya.

Sehingga kini, K9 mempunyai 136 kekuatan pegawai dan anggota di seluruh negara dengan 128 ekor anjing jenis German Shepherd (71), Belgian Shepherd (55) dan Labrador (2).

"Anjing mengikut pecahan, unit jenayah (68), narkotik (32), bom bahan letupan (23), mayat/darah manusia (5)," katanya.

Katanya, antara kejayaan diperoleh pihaknya ialah pembongkaran kes pembunuhan seorang lelaki yang dilaporkan diculik di Johor Bahru pada 2011 yang mayatnya ditanam di kawasan kebun getah di Kajang, Selangor.



*Untuk bacaan lanjut, sila muat turun artikel ini.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS