Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM), Fauzi Pilus tetap berpuas hati kesungguhan dan corak permainan pemainnya semasa menentang Pulau Pinang walaupun gagal mengutip tiga mata dalam aksi Liga Super, kelmarin.
Menurut Fauzi, dia gembira dengan keputusan itu walaupun hampir meraih tiga mata sebelum Pulau Pinang mempamerkan kebangkitan merapatkan kedudukan.
"Kita agak leka sedikit ketika kita kena gol awal. Tetapi Alhamdulillah, kita sedar kelalaian tersebut dan membalas dengan dua gol.
"Saya bangga kemampuan pemain saya untuk bangkit dan mengekalkan prestasi seperti yang dimahukan," katanya.
Sumber: Sinar Harian