Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS REMAN WANITA DISYAKI BUANG ANAK

Polis Kuala Lumpur semalam mereman seorang wanita yang dipercayai tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat 18, Flat Danay Kota di Setapak beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Roy Suhaimi Sharif, wanita itu kini disiasat di bawah Seksyen 309B Kanun Keseksaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Siasatan polis mendapati wanita yang bekerja sebagai ejen hartanah di Negeri Sembilan itu dalam proses bercerai dengan suaminya dan polis kini dalam usaha mengesan siapakah suami wanita terbabit bagi tujuan membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS