Mahkamah Majistret, Muar membenarkan permohonan tambahan tempoh tahanan reman ke atas lapan individu bagi membantu siasatan kes kematian anggota polis di dalam parit di Jalan Kampung Tengah, Sungai Abong, Muar, pada Sabtu minggu lalu.
Kesemua lapan individu termasuk dua wanita direman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro
