Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PEMUDA ROGOL KEKASIH DIJEL 13 TAHUN, DUA SEBATAN


Kota Bharu, 11 Mei - Seorang lelaki dihukum penjara 13 tahun dan sebatan dua kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Zukarman Wan Omar, 23, yang didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Gunong, Bachok kira-kira pukul 3. 30 petang, 25 Oktober 2013.

Pemuda terbabit didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS