Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DUA LELAKI DITAHAN TANGKAP IKAN TANPA LESEN


Klang: Tindakan dua lelaki menangkap ikan tanpa lesen di perairan Sungai Lima, Pulau Ketam di sini, memakan diri apabila ditahan secara berasingan oleh Pasukan Polis Marin (PPM), malam kelmarin. 

Kedua-dua mereka berusia 52 dan 60 tahun dikesan menaiki sampan tidak bernombor dan gagal mengemukakan lesen ketika menangkap ikan menggunakan pukat jaring di kawasan berkenaan. 

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, penahanan dibuat hasil rondaan sepasukan anggota PPM.

Menurutnya, kes diklasiflkasikan mengikut Sekven 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan kurang dari lapan batu nautika dari pantai.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS