Seramai 71 ulat parkir haram ditahan sejak awal tahun lalu, 157 individu pula ditahan sepanjang tahun lepas dan 91 individu bekerja sebagai ulat parkir di sekitar beberapa buah negeri ditahan dan didakwa oleh PDRM.
Angka ini jelas menunjukkan bahawa PDRM tidak pernah berkompromi dalam apa-apa jenis kegiatan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram tanpa mengikut undang-undang.
Golongan ini yang ternyata melanggar undang-undang negara dan boleh mengancam keselamatan orang awam serta kenderaan orang awam kebiasaannya terdiri daripada penagih dadah, gelandangan dan warga asing.
Sumber: Berita Harian