Jempol - Dia pernah gagal dua kali ketika memohon jawatan sebagai inspektor polis, namun kegagalan tidak pernah mematahkan scmangat penerima Anugerah Pelatih Terbaik, Mohd Faizal Azahar Mohd Salehhuddin, 31, untuk terus mencuba buat kali ketiga dan akhirnya dipilih mcnyertai latihan konstabel lelaki siri 3/2015.
Biarpun jawatan yang diterima bukan untuk pegawai, Mohd Faizal Azahar yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 2011, tetap berbangga kerana berjaya menyarung seragam polis seperti diidamkan sebelum ini.
Dia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, menjadi anggota polis adalah impiannya, namun terpaksa menunggu agak lama disebabkan pelbagai faktor selain memberi tumpuan kepada pengajian dan keluarga.
Sumber: Harian Metro