Sungai Besar - Empat paraglider ditahan selepas terbang di ruang udara Dewan Seri Bernam, sewaktu penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi, beberapa pengendali paraglider dilihat berlegar-Iegar di ruang udara berhampiran pusat penamaan calon sebelum di arah beredar oleh helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memantau keselamatan di kawasan berkenaan.
Pegawai Perhubungan Media untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Asisten Komisioner Khalil Arifin, berkata mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 143 Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.
Khalil berkata, peraturan penerbangan awam yang berkuat kuasa sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu, tidak membenarkan penggunaan dron atau sebarang peralatan udara.
Sumber: Berita Harian
