Johor Bahru -Tindakan licik seorang ejen hartanah yang memperdaya mangsa membabitkan urusan pembelian serta pelaburan rumah lelong sejak tiga tahun lalu menerima padah apabila dia dihukum penjara 16 tahun serta 30 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Asid Abd. Jalil, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah bagi kesemua 30 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya membabitkan nilai kerugian berjumlah kira-kira RM400,000.
Sumber: Kosmo
