Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS TUMPU USAHA KESAN MANGSA PEDOFILIA


Kuala Lumpur – Polis memberi tumpuan kepada mengenal pasti kanak-kanak di negara ini yang menjadi mangsa serangan seksual Richard Huckle dalam kes pedofilia warga Britain itu.
 
Selain menjalankan pemeriksaan ke atas rumah ibadat dan pusat kebajikan di ibu negara, kelmarin, pihak polis masih berusaha mengesan lokasi lain yang turut pernah dikunjungi Huckle.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata selain Kuala Lumpur, pihaknya turut berusaha mendapatkan maklumat dari beberapa rumah ibadat dan pusat kebajikan di Selangor.
 
Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS