Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan operasi Sogo VI bagi membanteras kegiatan perjudian bola sepak sepanjang berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Eropah Euro 2016.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7), Bukit Aman, Dato' Rosli Chik, operasi itu mula dilancarkan sejak 1 Jun lalu dengan melakukan pemantauan di seluruh negara.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini setelah enam hari operasi dilancarkan.
Sumber: Harian Metro