Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS RAMPAS DADAH 27 JUTA


Kuala Lumpur - Polis menahan dua lelaki warga Iran dan merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM27 juta dalam serbuan dalam kawasan pedalaman di Behrang, Perak, kelmarin. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan bersama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman turut menahan enam lagi ahli sindiket warga tempatan di Ampang, Klang dan Ulu Bernam, Selangor serta Tanjung Malim, Perak. 

"Polis merampas 274 kilogram dadah disyaki syabu yang mana 35 kilogram adalah ketulan kristal dan selebihnya adalah cecair serta peralatan memproses dadah. 

Mendedahkan modus operandi polis percaya sindiket yang mempunyai kerjasama dengan sindiket antarabangsa itu turut membekalkan dadah ke luar negara selain dalam negara.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS