Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

RM10,000 MERCUN DIRAMPAS


Kluang - Seorang peniaga kedai runcit ditahan, dipercayai menjual pelbagai jenis mercun di kedainya di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, kira-kira jam 9.45 malam.

"Hasil serbuan, polis berjaya menahan pemilik kedai berusia 24 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun yang dilarang untuk dijual.

"Semua mercun dirampas dianggarkan bernilai RM 10,000," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS