Sepang - Seorang bapa ditahan gara-gara melempang anak perempuannya berusia lima tahun hingga cedera.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa mengikut bapanya itu memotong kelapa sawit berhampiran Taman Indah dekat sini, jam 12.05 tengahari, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kanak-kanak yang sedang berjalan sendirian itu ditemui oleh seorang wanita ketika sedang melalui jalan Nilai ke Banting berhampiran sebuah stesen minyak.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menahan bapa mangsa berusia 28 tahun, kira-kira jam 2 petang, hari yang sama.
"Selain itu, semakan dapati bapa mangsa ini mempunyai dua rekod bersabit kesalahan mencederakan orang dan kes dadah,” katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Sinar Harian
