Kuala Terengganu - Kadar indeks jenayah mencatatkan penurunan sebanyak 1,156 kes dalam tempoh 1 Januari hingga 22 Jun tahun ini, berbanding 1,392 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, penurunan sebanyak 17 peratus itu menunjukkan satu kejayaan yang memberangsangkan pasukannya dalam menyelesaikan kes jenayah harta benda.
"Kita yakin perkembangan positif ini didorong oleh kejayaan pasukan menyelesaikan kes jenayah harta benda yang mencatatkan pengurangan memberangsangkan dengan jumlah 1,213 kes pada tahun lalu hanya kepada 970 kes dalam tempoh sama tahun ini.