Polis bertindak menggempur sebuah kompleks beli-belah yang dikesan menjadi sarang kegiatan pclacuran dan perjudian utama di Bukit Bintang di Kuala Lumpur.
Malah bangunan yang turut mencmpatkan pangsapuri 20 tingkat di bangunan sama menjadi lubuk kediaman pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di sekitar kawasan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Amar Singh Ishar Singh berkata, hasil operasi bermula jam 12 tengah malam semalam, pihaknya berjaya memberkas 154 PATI yang menghuni di bangunan itu.
Seramai 435 individu diperiksa dan polis telah menahan 154 PATI membabitkan 22 warga Indonesia, ) Filipina, 35 Vietnam, 60 Bangladesh, 19 Nepal, 6 Pakistan dan 1 India.
Daripada jumlah itu, seramai 122 lelaki dan 32 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah tiada dokumen sah memasuki Malaysia, visa tamat tempoh, menyalahgunakan pas lawatan, dokumen palsu dan sebagainya.
Sumber: Harian Metro