Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

21 LELAKI BERDEPAN HUKUMAN MATI KERANA EDAR DADAH

Kegiatan haram dua ieiaki tempatan bersama 19 warga India yang menjadikan sebuah kilang untuk mengedar dadah jenis ketamin di negara ini berakhir apabila kesemua didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Ahad lalu pihak polis membongkar kegiatan mereka setelah sebuah makmal memproses dadah di Ulu Tiram berjaya diserbu sehingga membawa kepada rampasan dadah bernilai RM16 juta di negeri selatan tanah air itu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS