Polis sudah mengenal pasti dua lagi suspek yang disyaki menjadi dalang kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Riikyat (PKR) Cawangan Miri, Bill Kayong di Miri, pada 21 Jun ialu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, SAC Dev Kumar berkata, kedua-dua suspek terbabit ialah Chin Wui Chung, 51 dan Kong Sien Ming, 35.
Menurutnya, Wui Chung merupakan pembantu peribadi kopada dalang utama kes itu iaitu, Datuk Lee Chee Kiangi, 45 atau Stephen Lee manakala Sien Ming merupakan pengusaha sebuah pusat karaoke di sini.
Polis meminta orang ramai yang mengenali suspek agar tampil membantu siasatan.
Sumber: Kosmo