Satu sindiket curi motosikal yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah itu di Sibu, Sarawak lumpuh apabila polis menahan enam suspek di sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 21, Jalan Sibu-Bintulu dekat Kuching mulai 18 Ogos lalu hingga semalam.
Dalam serbuan berasingan itu, polis turut merampas semula 15 buah motosikal curi iaitu jenis Honda (11), Modenas (2), SYM (1) dan Moyaz (1) di pelbagai lokasi di ladang kelapa sawit berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua suspek yang diberkas menerusi Op Lejang itu berusia antara 16 hingga 21 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana me-miliki barangan curi.
Sumber: Kosmo