Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS CEKUP GENG ASHRAF CURI MOTOSIKAL

Seramai lapan suspek membabitkan anggota Geng Ashraf, termasuk empat remaja berusia antara 14 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan lapan kes kehilangan motosikal di daerah Kerian sepanjang tahun 2016.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, DSP Mohd Radzuan Bachik berkata, Geng Ashraf hanya menyasarkan motosikal Modenas Kriss dimiliki penduduk kampung yang ditinggalkan di bawah rumah.

Polis berjaya merampas semula lima motosikal berlainan jenis yang dilaporkan hilang di sekitar Kuala Kurau, Parit Buntar dan Bagan Serai setelah geng tersebut ditumpaskan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS