Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DUA LELAKI DIBERKAS POLIS

Dua lelaki diberkas selepas polis menemui sejumlah dadah dan sebuah motosikal curi bersama mereka ketika berada di belakang sebuah rumah tidak bemombor di Kampung Orang Asli, Kilometer 56 Jalan Kuantan-Maran, Paya Bungor, Kuantan, kelmarin.

Sepasukan anggota Pondok Polis Paya Bungor, Gambang yang sedang melakukan tugas ronda cegah jenayah telah menahan lelaki berusia 29 dan 31 tahun itu untuk tujuan pemeriksaan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui dua keratan penyedut minuman berisi serbuk disyaki dadah dalam sebuah beg dipakai suspek.

Manakala semakan ke atas motosikal mendapati ia guna nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang di Balai Polis Gambang sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS