Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS BONGKAR PENJENAYAH CIPTA PISTOL PEN

Polis membongkar kegiatan sekumpulan penjenayah yang mencipta senjata api dikenali sebagai 'pistol pen' hasil serbuan di dua rumah di sekitar Bahau dekat Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pistol pen menggunakan peluru 9 milimeter diimport dari negara jiran dan senjata terbabit digunakan untuk jenayah pecah rumah serta rompak.

Ketua Polis Daerah Jempol, SUPT. Noorzainy Mohd Noor berkata, kejayaan itu susulan penahanan sembilan suspek termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun di sekitar bandar ini sejak 23 Ogos lalu hingga kelmarin.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS