Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS MARIN WILAYAH TIGA TUMPAS SINDIKET PENYELUDUPAN LEMBU DI SEMPADAN NEGARA

Seorang lelaki berusia 40-an dikenali sebagai Pak Jusoh antara jutawan sindiket penyeludupan lembu yang menjadi buruan pihak bcrkuasa. Pak Jusoh seorang daripada empat warga Malaysia paling dikehendaki pihak berkuasa kerana kegiatan penyeludupan binatang ternakan dari Thailand ke Malaysia.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, Pahang ACp Zuikafli Sariaat berkata, pihaknya tahu tonto dalam kalangan penduduk tempatan melaporkan setiap pergerakan pihak berkuasa kepada sindiket. Namu , pihaknya ada kaedah tertentu memerangkap kegiatan berkenaan yang dikenal pasti aktif ketika musim perayaan tcrutama ketika Aidiladha. 

"Selain itu kad pendaftaran lembu yang boleh digunakan berulang kali juga menyebabkan kesukaran pihak penguatkuasa bagi mengenal pasti ternakan diseludup. 

"Dua faktor ini kekangan dihadapi selain faktor muka bumi antara dua negara memiliki sempadan panjang.

"Apapun, PPM khasnya di Pangkalan Kubor tidak berkompromi dalam kegiaian penyeludupan," katanya.

Menurutnya, pemantauan berterusan terus dilakukan bagi mengekang aktiviti penyeludupan termasuk juga barangan berbahaya. 

Beliau berkata dalam operasi terbaharu, pihaknya merampas 10 ekor lembu bernilai RM40,000 dibawa dari Thailand untuk pasaran tempatan dan negeri berhampiran. 

Sumber : Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS