Kota Bharu, 13 September 2016 - Tiga lelaki termasuk dua beradik yang melarikan diri selepas ter-babit dalam kes tembakan di sebuah kedai di Kampung Bunut Payong di sini bulan lalu, ditahan di Gerik, Perak.
Mereka ditahan oleh polis Perak di sebuah stesen minyak pada jam 6.30 petang, Rabu lalu ketika dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidiladha.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail, berkata seorang suspek mengaku menyewa sepucuk pistol jenis Revolver daripada seorang warga Thailand yang dipercayai digimakan dalam kejadlan itu.
"Suspek berusia 20-an itu menunjukkan lokasi pistol itu dibuang dalam hutan di Kampung Periok, Tumpat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini, se-malam.
Semua suspek ditahan reman seminggu bermula Rabu lalu dan kes dlsiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.
Dua beradik itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, Datuk Abd Rahman berkata, siasatan mendapati motif kejadian tembakan itu ada kaitan dengan hutang lebih RM500,000.
Dalam kejadian pada 23 Ogos lalu, seorang pemuda berusia 22 tahun cedera di betis kanan terkena tembakan yang disasarkan kepada orang lain yang dikenali Piji Buta.
Sumber : Berita Harian