Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

115 MENGAJI SERENTAK SATU JAM DI MASJID BUKIT AMAN

Kuala Lumpur - Seramai 115 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PdRM) Bukit Aman, serta masyarakat setempat menyertai bacaan al-Quran secara serentak selama satu jam menerusi program World #QuranHour bermula jam 9 pagi, Ahad lalu.

Bacaan dipimpin Timbalan Pengerusi merangkap Imam 1 Masjid Bukit Aman, Superintendan Ghazali Daud.

Seterusnya, terjemahan ayat dibaca Imam Ratib Masjid Bukit Aman, Fakhrurrazi Shohibul Ghani. 

Ghazali yang juga Pegawai Tunas Pengimarahan Masjid/Surau/Kafa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman berkata, Masjid Bukit Aman menjadi lokasi induk di ibu negara, selain surau pejabat polis daerah. 

"Penganjuran ini amat baik dan wajardipertingkatkan kerana objektifnya mampu melatih warga PDRM menghayati isi kandungan al-Quran itu sendiri. Secara tidak langsung dapat melahirkan PDRM yang berintegriti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS