Kuala Lumpur - “Polis sentiasa dalam keadaan berwaspada dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman kumpulan militan Daish termasuk semasa sambutan Hari Malaysia pada Jumaat ini," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mempertingkat tahap keselamatan sepanjang masa selain memantapkan kesiapsiagaan di seluruh negara.
"Sama ada ancaman Daish atau bukan, PDRM tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak," katanya.
Sumber: Harian Metro