Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PENJENAYAH LAGAK ALIM KENE CEKUP

SUNGAI PETANI - Tembelang seorang ketua penyamun yang menggunakan helah untuk menunaikan solat Subuh berjemaah bersama ibunya terbongkar apabila dia diberkas selepas menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Mutiara di sini Ahad lalu. 

Pemuda berusia dalam lingkungan 20-an yang merupakan ketua Geng Mizi itu diberkas bersama lima ahlinya yang disyaki telah melakukan samun di beberapa cawangan kedai serbaneka tersebut sejak hujung bulan lalu di daerah Kuala Muda menggunakan parang dan pisau.

Ketua Polls Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md, Zukir Md. Isa berkata, suspek telah menyamun premis itu pada pukul 6 pagi selepas menghantar ibunya ke sebuah masjid.

"Dengan tertangkapnya Geng Mizi, kita percaya telah menyelesaikan 12 kes samun kedai serbaneka dl sekltar daerah ini membabitkan keruglan RM3,270 sejak hujung bulan lalu," katanya. 

Sumber-Kosmo


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS