Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DEMI TUGAS: POLIS TRAFIK PATAH TANGAN DALAM KEMALANGAN

Seorang anggota polis trafik yang sedang dalam penugasan patah tangan kiri akibat kemalangan di Jalan Stoner-Kia Peng, dekat ibu kota, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Konstabel Rusdi Kamaruddin dalam penugasan dari Hotel Grand Hyatt menuju ke lapangan terbang Subang, Selangor.

Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, SUPT. Shafie Daud berkata, anggota berkenaan menunggang motosikal jenis VFR800 berlanggar dengan sebuah limosin model Mercedes dipandu seorang lelaki.

Anggota tersebut kini stabil dan berada di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS