Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita serta merampas 2,050 pil kuda bernilai RM41,000 dalam serbuan di Kampung Banggol, Gual Ipoh dan Kampung Jalan Klinik dekat Tanah Merah, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Banggol pada pukul 10.80 malam Sabtu lepas, pihaknya menahan empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 38 tahun.
Pemeriksaan polis menjumpai 2,000 pil kuda bernilai RM40,000, 0.2 liter ubat batuk, enam bungkus air ketum, 3.5 kilogram daun ketum dan wang tunai RM12,604.
Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sumber: Kosmo