Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SEPASANG SUAMI ISTERI ANTARA DICEKUP POLIS BERSAMA DADAH LEBIH RM60 RIBU

Empat individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM62,584 ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di Taman UIu Chepor, Chemor dekat Ipoh, kelmarin.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada pukul 9.30 pagi selepas tiga bulan mengekori suspek.

Ketua JSJN negeri, ACP V.R. Ravi Chandran berkata, dalam serbuan tersebut polis menahan kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 36 tahun.

Pemeriksaan polis di dua buah rumah itu menemui dadah jenis syabu seberat 640 gram dan heroin seberat 1.14 kilogram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berhahaya 1952.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS