Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor bertindak pantas dengan meleraikan pergaduhan di sebuah restoran ketika melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Nusa Bestari semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah, SUPT. Noor Hashim Mohamad, kedua-dua pelanggan restoran yang bergaduh dan memukul pekerja restoran itu ditahan polis bagi membantu siasatan.
Pihak polis turut merampas topi keledar daripada suspek.
Sumber: Kosmo