Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SUSPEK BUNUH IBU KANDUNG SENDIRI KINI DIREMAN 7 HARI

Pihak polis kini mereman suspek yang juga seorang pemuda berusia 23 tahun kerana membunuh ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Ampang, Selangor, semalam.

Reman terhadap suspek akan dibuat sehingga 10 Oktober ini bagi membantu siasatan pihak polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Siasatan polis masih diteruskan sehingga kini dan saksi-saksi telah dipanggil termasuk mengenal pasti senjata yang digunakan suspek untuk membunuh ibunya itu.

Motif pembunuhan si anak terhadap ibunya itu masih tidak diketahui berikutan soal siasat terhadap suspek masih belum boleh dijalankan sepenuhnya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS