Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

RAHSIA KONTENA JALAN PANTAI

Tindakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun menganjurkan aktiviti perjudian dalam talian sebuah kontena di Jalan Pantai, Sungai Rengit, di sini, mengundang padah apabila diserbu polis, malam kelmarin.

Serbuan menerusi Op Dadu pada jam 10.30 malam itu membawa kepada tangkapan lelaki berkenaan yang bertindak sebagai penganjur dan dua kaki judi termasuk seorang remaja bawah umur. 

Polis turut merampas monitor, CPU, tetikus, dua modem, tablet, telefon bimbit, meja kayu, tiga kerusi plastik serta wang tunai bernilai RM7,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS