Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS CEKUP LELAKI JUAL DADAH

Hasrat seorang lelaki mencari keuntungan dengan aktiviti menjual dadah memakan diri apabila kegiatannya berjaya dihidu polis Khamis lalu.

Akibatnya, suspek yang berusia 29 tahun dicekup polis selepas cuba menyorokkan dadah jenis syabu di badannya dalam satu pemeriksaan di belakang sebuah kedai di sini sekitar jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zaiiial Abidin Abang Ahmad berkata anggotanya berjaya mcnemui satu peket plastik lutsinar dan 10 keratan straw berwarna merah jambu mengandungi hablur kristal disyaki dadah syabu.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) ADB 1952 & Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sumber: Utusan Borneo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS