Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

AHLI SINDIKET DADAH BERJAYA DIBERKAS SELEPAS DIKEJAR POLIS LEBIH 10KM

Seorang lelaki warga tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah berjaya diberkas polis selepas dikejar lebih 10 kilometer (km) dalam satu kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, pasukan unit kereta peronda polis bertindak mengejar kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dlnaiki dua suspek setelah mereka enggan memberhentikan kenderaan ketika ditahan di Batu 3, Jalan Ipoh kira-kira pukul 2.20 petang.

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek dan berjaya menyebabkan suspek memberhentikan kenderaanya sebelum salah seorang daripada suspek itu berjaya meloloskan diri dan kini sedang diburu hebat oleh pihak polis Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS