Polis Johor mendapat perintah lanjutan reman terhadap seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disiasat kerana mendera isterinya sehingga isu tersebut viral dalam media sosial baru-baru ini.
Lanjutan reman ke atas suspek akan dilanjutkan sehingga esok 3 November 2016.
Suspek itu kini disiasat oleh polis di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugut jenayah serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sumber: Kosmo