Polis Sentul, Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan dikenali sebagai Geng Towing di sekitar ibu negara setelah tertangkapnya enam lelaki tempatan.
Menurut Ketua Polis Daerah, ACP R. Munusamy, kesemua suspek yang berusia antara 31 sehingga 36 tahun itu ditahan dalam beberapa operasi berasingan di dalam daerah Sentul sendiri serta di Kepong.
Siasatan awal polis mendapati sindiket ini mensasarkan kenderaan-kenderaan yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum berpura-pura sebagai pemilik kenderaan yang kenderaannya rosak dan menghubungi trak penunda (yang juga rakan sejenayahnya) untuk menunda kenderaan tersebut sebelum melarikan diri.
Sumber: Kosmo