Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DADAH: PEMBANTU KEDAI KANTOI ADA 2,000 PIL KUDA

Ketakutan seorang pembantu kedai pakaian apabila terserempak dengan anggota polis ketika sedang menunggu 'seseorang' di tepi jalan raya Kampung Padang Melintang di Bachok, Sabtu lalu telah membongkar kegiatan pengedaran pil kuda yang dilakukanya.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, dalam insiden pukul 11 malam itu, pemeriksaan polis menemui 2,000 biji pil kuda bernilai RM40.000 pada suspek yang berusia 24 tahun itu.

"Suspek meninggalkan kereta itu apabila menyedari kehadiran polis dan berlaku pergelutan sebelum dia ditahan. Hasil pemeriksaan menemui satu bungkusan kertas berwarna kuning di bawah alas kaki ternah sejaktiga bulan lalu miliki 2,000 pil kuda di tempat duduk penumpang," katanya.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS