Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DALAM TEMPOH 5 TAHUN, 18 KEMATIAN DIREKOD SEHARI

Tiga faktor dikenal pasti sebagai penyumbang utama peningkatan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini.

Timbalan Pengarah (Penguat-kuasaan Kawalan/Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, ACP Ruslan Khalid berkata, dalam ketiga-tiga faktor itu, sikap dan budaya manusia di jalan raya adalah penyebab utama selain masalah kejuruteraan dan kenderaan.

"Ada antara kita seolah-olah ada masalah psikologi, sebaik sahaja duduk di belakang stereng sikap baik, sopan boleh berubah sekelip mata, ada antara kita yang bangga dengan dosa-dosa yang kita buat atas jalan raya. Ini adalah budaya pemandu-an yang ada dalam kalangan pemandu jalan raya di Malaysia," katanya.

Beliau turut berkata, sikap yang tidak insaf dalam kalangan pengguna jalan raya memburukkan lagi keadaan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS