Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS BERJAYA LETUPKAN BOM LAMA DIJUMPAI PEKERJA LADANG

Seorang pekerja ladang terkejut apabila menjumpai satu objek menyerupai bom lama ketika membuat rondaan di sebuah ladang di Felda Bukit Rokan Barat, Bahau, di Jempol, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, SUPT. Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki tersebut menjumpai objek berkenaan berukuran kira-kira 12 inci panjang sekitar jam 7 pagi.

Menurut beliau, pada jam 1.30 tengah hari (semalam), sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan unit persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah sampai. Bom selamat diletupkan kira-kira jam 1.55 petang.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS