Pihak polis mengesahkan sudah menerima laporan polis seorang pemilik butik yang mengalami kerugian setelah barangan produk kecantikan miliknya dicuri oleh empat wanita bersaudara yang berpura-pura membeli belah di dalam butiknya.
Video rakaman CCTV kes kecurian itu menjadi viral dalam media sosial sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa, pihak polis sudah mengesan kesemua suspek menerusi aplikasi Facebook dan siasatan awal mendedahkan mereka adalah bersaudara.
Pihak polis kini akan menahan mereka pada bila-bila masa sahaja.
Sumber: Berita Harian