Seorang jurukimpal yang juga penagih dadah ditahan polis trafik dalam satu operasi sekatan jalan raya di bandak Kuala Lumpur kerana memiliki lapan pil Eramin 5 ketika pemeriksaan polis dibuat ke atasnya.
Suspek yang menggelabah ketika melalui sekatan jalan raya oleh pihak polis turut didapati positif dadah dalam ujian air kencing yang dibuat ke atasnya ketika pemeriksaan dibuat bersama rakannya.
Kini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi tujuan siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro