Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

REMPUH PAGAR RUMAH ORANG: POLIS BERKAS PEMANDU KENDERAAN

Seorang pekerja premis kenderaan terpakai diberkas kerana dipercayai merempuh pagar kediaman ketua bahagian sebuah parti politik di Bandar Mahkota Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai memandu sebuah kereta jenis Audi dan melanggar pagar rumah ahli politik berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian. Siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat mcngikut Seksyen 447/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS