Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

IPD MELAKA TENGAH GERAK ANGGOTA SEMPENA CNY

Sebanyak 400 anggota daripada pelbagai unit di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah akan digerakkan bagi memastikan kesela-malan awam sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina pada hujung minggu ini.

Ketua Polis Daerah itu, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, seramai 40 anggota trafik turut ditugaskan sepanjang tempoh tersebut bagi mengawal dan melancarkan aliran lalu lintas yang dijangkakan kira-kira 100,000 pengunjung keluar masuk ke bandar raya Melaka.

Menurutnya, sepasukan polis turut digerakkan dalam Op Limau dalam memastikan keselamatan dan pencegahan jenayah menerusi pemantauan dan pemeriksaan di kawasan sasaran penjenayah berkumpu.

Selanjutnya, menerusi pautan artikel di bawah.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS