Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS TUMPASKAN SINDIKET BUNGKUS DADAH DALAM PLASTIK TEPUNG

POLIS TUMPASKAN SINDIKET BUNGKUS DADAH DALAM PLASTIK TEPUNG

Putrajaya, 1 Feb. 2017 - Polis merampas 49.5 kilogram (kg) dadah bernilai RM1 juta di bahagian Lost and Found, Malaysia Airlines, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dadah yang disembunyikan dalam tiga beg itu tiba di KLIA menerusi penerbangan dari Dhaka, Bangladesh pada 22 Januari lalu.

Beliau berkata, dadah dalam bentuk kristal itu dibungkus menggunakan plastik tepung.

"Kami percaya dadah itu cuba diseludup ke negara ini menggunakan kapal terbang yang didalangi oleh warga asing.

"Beg berisi dadah itu didaftarkan atas tiga penama berlainan dengan semuanya warga asing," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak Interpol bagi mengesan identiti ketiga-tiga penama berkenaan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/node/202395

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS